Blogger templates

Warded Lagi.

Assalamualaikum.

Jumpa lagi. Lama betul blog bercuti. Anak-anak tak sihat, mommynya turut sama tidak sihat. Mana nak fikir kerja, fikir anak-anak. Dilema mommy bekerja. Tsk.

Dua minggu lepas Ayra mula tak sihat. Demam batuk selesema. Perfect combo. Sebab ubat masih ada maka saya bagi saja ubat tapi tak hantar ke pengasuh. Mujur adik suami ada dekat rumah. Dia lah yang tolong jaga anak-anak. Dan dia lelaki. Perfect.

Lepas 4 hari demam masih tak kebah, kami bawa ke klinik kesihatan. Antibiotik mula diberikan.

Lepas itu everything was ok.

Minggu lepas hari pertama. Mommy dia Monday Blues dan dia demam balik. 

Haih. Pergi kerja juga. Adik suami jaga. Lagi. Terpaksa sebab awal bulan tak boleh cuti. Nasib baik ada adik yang tersangatlah boleh diharap.

Esoknya bawa ke klinik kesihatan lagi. Kena teruskan makan ubat. Blood test kena tunggu lagi dua hari baru boleh buat. Hurm. No antibiotic given. Okay.

Balik rumah makan ubat, jerlum satu badan. Dan mommy jadi zombie.

Tak lama. Lepas itu berkampung di sini.


Tempat biasa. Peads biasa. Malam itu datang check, malam itu juga doktor minta admit sebab white blood count wayyyyyy beyond normal. Kenapa begitu sebab dia tak ada batuk, selesema. 

Minta tangguh. Sebab peads anak-anak yang biasa tak on call malam itu. So kita balik tidur dulu.

Early morning. Husband kerja. Adik tolong hantar. As usual. Selalu ada bila kami dalam kesusahan. Owe you too much, not-so-little brother.

Admit dan terus buat anotehr blood test dan x-ray.

Nampak sedikit kekelabuan (euw ayat dia) di kawasan paru-paru. Doktor kata might be pneumonia. Maybe lepas ambil dos antibiotik sebelum ini, infection masih tak settle. Agaknya. Mommy is angguk-angguk saja. Dalam kepala nak anak cepat sembuh. Itu saja.



Tengok kakak nurse betulkan IV Line.

So menginap kita di dalam ward Rose 2 selama 4 hari 3 malam. Alhamdulillah.

Selepas semua ikhtiar dilakukan, tapi masih juga berakhir dengan keadaan begini maka mommy ayah redha saja. Kita plan, but Allah Is The Best Planner. Alhamdulillah selama dalam wad temperature tak spike langsung, so process recover pun cepat. Makan banyak, terlalu banyak hiks sampai doktor dan nurse pun pelik budak ni sakit ke tidak sebenarnya. Haha.


Ayra dan ayah.

Terima kasih husband sebab selalu boleh cuti lama bila anak-anak tak sihat. Selalu sangat. 

Thank you.

Terima kasih anak sulung mommy sebab selalu faham keadaan adik yang agak selalu sakit, sama macam dia dulu masa umur-umur macam ini. Tiap petang lepas balik sekolah ikut mommy pergi office, lepas itu terus ke hospital tengok adik. Mandi, makan dan buat homework dekat hospital tsk. 


Cuba untuk membuka balutan IV Line. Tak ada kerja lain. Eh bantal busuk tu tetap setia kemana-mana adik pergi. Haha.

Tak apalah. Sudah rezeki kami untuk diuji dengan benda-benda macam ini.

Alhamdulillah.

Semoga lepas ini adik membesar jadi orang yang sihat walafiat tubuh badannya, insya Allah.



Till then. Take care people.

* Terima kasih Cuepacs Care. Sekali lagi, untuk tahun ini.

0 busy bees:

Post a Comment