Blogger templates

Balik Sabah : Mana Nak Makan?.

Assalamualaikum.

Maaflah, entry tertangguh. Buka draft tengok berderet entry yang hanya ada tajuk. Bagus juga, at least tak lupa walaupun tajuk itu dah berkepam duduk dalam draft, tak ada cerita dan tidak di publish. Heh.

Kisah balik Sabah lebih lima bulan yang lalu. Bertabahlah.

Balik kali ini memang berdoa banyak-banyak supaya Allah berikan nikmat kesihatan kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah, He granted our duas. Alhamdulillah sepanjang berada di sana kesihatan kami anak beranak dalam keadaan tip top. Kecuali beberapa hari sebelum nak fly back to KL kakak dan adik demam sikit. Bagi ubat sekali dua dah kebah. Lega hati mummy dan ayah.

Niat balik kali ini nak makan seafood. Walaupun kami dan anak-anak bukan pencinta makanan laut; tapi sesekali balik oversea kena lah menghargai apa yang murah di sini. Eheh. Bukan senang okay nak dapat makan ketam sekilo RM10; atau sepinggan siap masak tak sampai RM20. 


Ketam butter ni kami makan sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Semporna. Kami stay semalam di pekan Semporna sebab le hubs ada reunion kecil-kecilan dengan schoolmates. Layankan since balik kampung pun setahun sekali. Masa ni mil pun baru tahu kami balik Sabah. Surprise kununnya itu biasalah kerja lakiku kohkoh.

Ketam tu freshly caught from the sea okay. Restoran Pearl City ni dibina atas laut, attached dengan chalet. Kalau stay sini boleh makan seafood 24 hours non stop. Kalau larat. Eheh.

Kos ketam sahaja RM30. Kos keseluruhan makanan dalam RM60. 

Berbaloi untuk yang tiada transport keluar dari pekan Semporna. Kalau ada transport apalagi pergilah round pekan dan cari kedai seafood lain yang lebih murah.

Esoknya kami balik pulau. So food semua fresh dari jeti kampung. Depa biasa makan ikan jadi memang jarang-jarang jumpa makanan laut lain. Bila menantu hantu depa ni request barulah fil pergi carikan. 


Ketam fresh RM20 untuk dua kilo. Hidup lagi tengok mata dia memandang kita alahai scary you. Mak mertua dan hubs tolong siangkan, anak menantu hantu tolong masak. Adil dan saksama ekekeke.

Dua hari terakhir di Sabah kami stay di bandar Tawau. Banyak kedai makan sedap di Tawau ni, tinggal pilih saja. 

Malam pertama kami dinner di Restoran Sri Titingan. Restoran ni terkenal dengan hidangan makanan lautnya. Kami pilih restoran di area Fajar sebab berdekatan dengan hotel penginapan kami, lebih kurang 5 minit berjalan kaki.

Pilihan menu yang agak banyak. Harga yang murah. Rambang mata nak pilih.

Jadi malam itu kami makan ketam masak butter (lagi), sup isi ketam dan jagung, tomyam dan udang goreng tepung. Kos ketam RM17 dan kos keseluruhan makanan kami malam itu lebih kurang RM50. 


Picture won't do a justice. Rasa dia mmg cap jempol. Tak faham?. Sila google hahaha.

Selain tempat makan yang saya mentioned atas ni, ada few lagi kedai makan yang kami pergi cuma tak sempat nak catat nama kedai. Lagi pula makanan yang biasa-biasa so rasanya tak perlu lah up sini.

Oklah setakat itu sahaja. Manatau lepas ni ada rezeki you all mai Tawau/Semporna boleh singgah tempat-tempat makan ini. Insya Allah worth every penny. Untuk review tempat -tempat makan yang lain, tunggu kami balik Sabah tahun depan ye, eheheh.

Terima kasih singgah. Take care people.


0 busy bees:

Post a Comment