Blogger templates

Feed Your Soul : Mencintai Rasulullah SAW Dimana Peranan Keluarga?.

Assalamualaikum.

Semalam, dalam kesibukan mengejar dateline; nama terpilih untuk menghadiri ceramah sempena Maulidurrasul yang akan disambut pada minggu hadapan. Marah juga sebenarnya, kita tengah pulun menghadap borang setinggi KLCC *exaggerate* tapi suka-suka nak suruh kita pergi sana sini. Time macam ni nak angkat punggung pergi toilet pun tak sempat tau. Heh.

Semut kecil, kalau berteriak kuat pun siapa yang dengar. Gitu. Maka pergi jugalah dengan harapan semoga balik nanti dipermudahkan dan dipercukupkan masa nak menghabiskan semua kerja yang tertangguh.

Itulah, Nabi dah kata orang yang pergi mencari ilmu ni, Allah akan mudahkan jalan ke syurga; hmm sentap kejap. Itu pun nak mengeluh. Bukan lama mana pun kan *ketuk kepala sendiri*.


Tajuk sharing. Penceramah Ustaz Badlishah Alaudin.

Tak rugi pergi, 😅😅 best. Yang penting tak mengantuk eheh. Oleh kerana masa ceramah sekejap, ustaz memang cerita yang basic sahaja katanya tp isi padat. Tepat melekat dekat muka masing-masing. 

Ustaz kata; bagaimana kita nak duduk dengan Rasulullah S.A.W di syurga nanti?. Kita tak duduk sezaman dengan baginda, kenal apatah lagi. Zaman Rasulullah S.A.W dulu, sesiapa dan apa-apa sahaja yang dekat dengan baginda automatik akan dapat syafaat dan kemuliaan. 

HR Muslim ada menyebut; 
“Janganlah kalian mencaci sahabat-sahabatku, seandainya salah seorang dari kalian menginfakkan emas sebesar gunung Uhud, maka (infaknya tersebut) tidak menandingi satu mud atau setengah mud (infak) salah seorang dari mereka.”

Ha nampak tu?. Siapa sebenanrnya sahabat Rasulullah S.A.W ni?

Sahabat (صحابي, ash-shahabi) ialah orang yang bertemu dengan Rasulullah S.A.W beriman kepada dia dan meninggal dalam keadaan Islam. Mereka-mereka ini lah yang mendapat syafaat Rasulullah S.A.W. Jadi kita yang tak pernah bertemu ni tak dapat syafaat ke?.

Dont worry.

Bagaimana nak dapat syafaat 
Rasulullah S.A.W?. Senang aje kata ustaz 😘

Pertama : Taat setia kepada Rasulullah S.A.W. An-Nisa' ayat 69 : Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. 

    1. Pertama taat ibadahnya. Ini tiada kompromi. Rasulullah S.A.W solat fardhu 5 kali sehari; awak nak solat 2 kali sehari lepas itu claim taat dan nak follow masuk syurga. Mana boleh bhai. Benda mahal, usaha nak dapat pasti besar.
    2. Kedua taat peribadinya. Ini ikut kemampuan. Contoh sunnah bela janggut itu apply untuk lelaki. Janganlah sebab nak dapat pahala lebih, awak yang perempuan nak bela janggut juga 😂😂 lain pulak jadinya nanti. Ikut kemampuan dan ikut kesesuaian.

Kedua : Mencintai Rasulullah S.A.W. Maksud di sini mencintai baginda dengan sepenuh hati berserta bukti. Ya bukti. Ingat boss aje ke yang nak bukti bila kita MC haha. Ustaz kata Anas B. Malik ada meriwayatkan; pernah seorang Badwi bertanya baginda bila nak kiamat. Rasulullah S.A.W tanya balik apa persiapan kamu untuk kiamat. Kemudian Badwi menjawab tiada persiapan tetapi beliau sangat mencintai baginda. Rasulullah S.A.W kemudian berkata; kalau begitu, kau akan dibangkitkan bersama dengan orang-orang yang kau cintai.

Maknanya apa?. Maknanya nanti bila kita dibangkitkan, nama pertama yang kita sebut adalah sesiapa yang kita cintai. Siapa yang kita cinta?. Suami, ibu, bapa atau anak-anak?. Semestinya kita mengharapkan nama pertama yang kita sebut adalah nama Rasulullah S.A.W.

Bukan Zarol Umbrella 😏 adoi sentap saya di situ. Maklumlah ustaz bagi contoh, kita ralit tengok Gegor Vaganza, sedang duk menjerit-jerit ai love Zarul; tiba-tiba Allah tarik nyawa kita. 

Maka nama Zarul lah yang pertama akan kita sebut selepas dibangkitkan. Apa syafaat yang Zarol boleh beri kepada kita?. 

*krik krik*.

Aduh. Rasa macam ustazah sangat-sangat ni. This is not my usual type of entry. Selalu entry tak berfaedah hmm tapi sebab takut ilmu yang dapat hilang secara tiba-tiba maka saya kentalkan juga hati untuk type. Kalau ada apa-apa yang silap, mohon tegur di ruangan komen ya hehe.

Btw ada lagi point belum share. Panjang sangat takut orang muak nak baca hehe.

Tunggu next entry insya Allah deh.

Till then take care people.



0 busy bees:

Post a Comment