Blogger templates

Ke JB Ke Kita : Berjaya Waterfront Hotel

Assalamualaikum.

Bertemu lagi selepas beberapa hari mencari damai yang hilang. Ewah mencari damai ye, haha iyalah kalau dah 25th above sampai awal bulan tu memang payah nak bertemu dengan kedamaian di pejabat. Melekat jari kat keyboard ๐Ÿ˜Œ

Sambung entry jalan-jalan JB.

Actually malam itu le hubs ada program dengan kawan-kawan lama dia. Begitulah kalau kawan-kawan merata seluruh alam. Apa boleh buat, ai follow. Kalau tidak nanti kena balik KL jalan kaki pulak, muahaha.


So malam itu kami menginap di Berjaya Waterfront Hotel, JB.

Plus point, hotel menghadap laut. Boleh nampak Singapore direct from the window sambil makan biskut kering cicah kopi O. Heaven. 

Tak perlu queue panjang nak cop passport kat immigration kofs. 

Hotel ni connected dengan Duty Free Zone. Agak boring dalam bilik boleh turun bawah dan shopping sampai pengsan. Gitew.

Bilik luas, katil empuk, water heater pump laju, dan ada bath tub. Ini yang anak-anak paling suka sampai tak sempat nak jejak outdoor swimming pool depa.

Tapi ada yang tak berapa best. Banyak night club around menyebabkan tak boleh tidur kerana kebisingan dan kemudian sakit kepala sampai ke pagi. Buffet breakfast was OK-la; ada mini playground untuk kids tapi agak tak bersih (ampunkan daku kalau cerewet sangat) lepas itu pulak ada beer buffet!. 

Pitam.

Ya, beer buffet bukan dalam cafe yang sama kami makan untuk breakfast. Open area di ground floor kalau tidak silap saya yet masih dalam pandangan anak-anak yang sibuk bertanyakan itu ini; eh pening mak nak menjawab heheh.

Rate per night quite affordable. Lepas check out baru tahu kawasan sekitar hotel adalah kawasan hot untuk cucuk langit. Well nama saja orang Johor tapi apa pun tidak tahu. Eh bukan tak tahu tapi tak ingat. Dulu keadaannya lain, sangat lain dari apa yang ada sekarang. So sad.

Malam itu kami jalan jalan cari makan di Senibong. Itu kita story later.

Recommended atau tidak?. 

Well kalau tanya le hubs; he said nay. Banyak lagi pilihan yang ada dengan bajet sebegitu, yang lebih sesuai untuk parents who travelled with younger kids. 

Till then. Adiรณs mi amigo. 

0 busy bees:

Post a Comment