Blogger templates

Short Vacay : Mencari Pantai Yang Hilang

Assalamualaikum

Entry basi. 25 Disember 2016. 

Cuti panjang dan tak ada plan balik Johor since kami dah balik few weeks back. So rancangnya duduk rumah, masak-masak dan makan-makan. Tapi apakandaya, ada demand untuk pergi mencari pantai yang entah dimana.

Hubs terus browsing area berdekatan yang ada pantai. Port Dickson almost sold out, jadi percentage keramaian manusia di sana sudah dapat dikenalpasti. Pangkah PD. Next pantai was Bagan Lalang.

Maka ke sana lah kami mencari pantai yang hilang.


All the way from Putrajaya (menghampiri kawasan Bagan Lalang) banyak gerai jual buah naga. Baby sister's all time favourite. Dia boleh makan berbiji-biji dalam sehari. Then kalau tak control mulalah batuk-batuk. 

Itu dia pose depan Organic Dragon Valley. Gerai yang buahnya nampak segar-bugar lagi katanya sebab baru dipetik. Dapat rasa sepotong seorang. Manis. Terus borong 2 kilo. Oh now tak ada yang jual longgok-longgok RM10 tu ye sobs. Mahal dah yelah seller pun nak kena tanggung kenaikan kos juga. Kita faham. Benda mahal sedikit tapi berbaloi orang takkan hesitate untuk beli.


Akhirnya jumpa pantai. 

Nasib baik ada pakcik rajin melayan. Mami duduk tepi sambil capture gambar dan kunyah sotong goreng tepung. Ayah depa dah hilang entah ke mana. Lepas puas membakar kulit di pantai, sambung pula berjemur dekat pool. Puas anak-anak main air, maklumlah bukan selalu dapat pergi. 

Yela mami kita garang tak kasi pergi pool selalu, eheh.


Selepas sesi "dah lama tak pergi pantai" bersambung pula dengan sesi "dah lama tak tidur hotel" maka malam itu kami stay di Seri Malaysia Bagan Lalang. Good job baby sister kerana berjaya kuruskan poket ayah. Malam dinner dekat kedai makan di luar kawasan hotel which is langsung tak rekemen pasal tak sedap. Sudahlah tak sedap, sombong pula tu.

Kalau nak seafood sedap dekat Bagan Lalang boleh try makan di Senandung Malam. 

 So esoknya awal pagi dah check out. Singgah makan mee udang, beli more dragon fruits dan terus balik Putrajaya. Alhamdulillah selesai sudah program jjcm adhoc kami sekeluarga. Semoga murah rezeki dan boleh plan for another trip selepas ini.

0 busy bees:

Post a Comment